Welcome to my blog :)

rss

Isnin, 20 Disember 2010

PEREMPUAN vs MUSLIMAH

Assalamualaikum w.b.t...dah lame rsenye xupdate blog ni...alhamdulillah...TQ Allah...kerana MU aku masih bernyawa...kerana MU aku masih bisa menghirup udara ciptaan MU...kerana MU aku masih bisa melihat dan menghayati alam yang indah ciptaan Mu...kerana MU aku masih bisa mencoretkan itu dan ini bagi tatapan teman-teman ku...TQ Allah...aku sayang kamu mengatasi segala cinta didunia ini...I LUV U SO MUCH..

emmm...ari ni terase nk berkongsi dgn kalian tentang 1 hal...sy jmpe artikel ni kat blog kwn sy wk2 kat kolej dlu...Mar...sy copy en3 ni ye...huhuhuhu... sy yakin semua org mst pernah dgr perkatan PEREMPUAN n MUSLIMAH kn3...? Tapi tahukan kalian ape perbezaan antara keduanya...?ha...klu nk tau ape perezaan antara PEREMPUAN n MUSLIMAH...meh kt bce artikel kat bwh ni...menarik au...jgn lupe bce eh... =)




..PEREMPUAN..
Apabila teruna memerhatikan dikau,
kau membalas renungan matanya..
Pabila teruna mendekati selangkah
Kau datang berpuluh langkah..
Pabila teruna memujuk rayu,
Kau lemah dalam pangkuannya..
Pabila teruna memberi harapan,
Kau hanyut dalam angan langkah..

..MUSLIMAH..
Apabila teruna memandang dikau,
Kau tunduk mengelak panahan syaitan..
Pabila teruna mendekati selangkah,
Kau berundur beribu langkah..
Pabila teruna memujuk rayu,
Kau anggap itulah kalimah iblis syaitan..
Pabila teruna menutur harapan indah,
Kau yakin janjiNya
  Lebih bahagia di sana..
Kerana kau mengerti dan menyedari
Akan erti maruah peribadi sejati..
Yang diselaputi iman hakiki
  Yang tidak semudah itu..


:: sekadar renungan untuk kita semua...berusahalah menjadi MUSLIMAH...dan bukannya menjadi sekadar seorang PEREMPUAN... ::

Selasa, 30 November 2010

Open Relationship ?

Assalamualaikum....alhamdulillah...TQ Allah...kerana MU aku masih bernyawa...kerana MU aku masih bisa menghirup udara ciptaan MU...kerana MU aku masih bisa melihat dan menghayati alam yang indah ciptaan Mu...kerana MU aku masih bisa mencoretkan itu dan ini bagi tatapan teman-teman ku...TQ Allah...aku sayang kamu mengatasi segala cinta didunia ini...I LUV U SO MUCH..

Hari ni sy nk kongsi 1 cite/maklumat yang penting untuk kite semue...bnde ni mgkin bg sesetengah org dianggap hal remeh...tp sbnrnye amat sensitif...sebelum ni sy ade gak terfikir ape bnde la open relationship 2...mcm2 tafsiran kat kepala ni..tbe2 td sy bkak facebook dak kaidir (member adik)...yoyo ooo sy ingatkan facebook sy...rupenye facebook org lain...sowi kaidir...huahuahua...sy ade ternampak artikel pasal Open Relationship...sy pon terus klik..artikelnye seperti dibawah...


Menurut pemerhatian saya, ramai antara kita yang meletakkan Open Relationship sebagai status tapi berapa ramai yang tahu maksud sebenar status itu?

Dipetik daripada wikipedia

An open relationship is a relationship in which the people involved agree that they want to be together, but in which romantic or sexual relationships with additional people are accepted, permitted or tolerated.

yang bermaksud

Open Relationship ialah sebuah hubungan di mana mereka yang terlibat setuju yang mereka mahu bersama, tapi di mana hubungan romantis dan seksual dengan kehadiran orang lain diterima, dibenarkan dan ditoleransi.

Maka dalam erti kata lain, orang yang meletakkan Open Relationship sebagai status mereka tidak kisah melakukan hubungan seksual dengan sesiapa pun, maka amat menyedihkan apabila umat Islam sendiri menggunakan status ini.

Sila sebarkan agar orang bukan Islam yang faham maksud sebalik Open Relationship tidak memandang remeh pada umat Islam.

Rabu, 24 November 2010

..wAniTa SoLeHah..

Wanita solehah itu AURAT DIJAGA,
PERGAULAN DIPAGARI,
SIFAT MALU PENGIKAT DIRI,
Seindah hiasan di dunia ini.

KEAYUAN wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
KEMANISAN wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya,
DAYA PENARIK wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
BUKAN dan TIDAK SAMA SEKALI.

KEPETAHAN wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.


Khamis, 11 November 2010

~Kehidupan ibarat SECAWAN KOPI ~

Sekumpulan bekas pelajar yang sudah berjaya di dalam kerjaya masing-masing telah berkumpul untuk melawat pensyarah universiti yang pernah mengajar mereka. Mereka berasa gembira kerana dapat bersua sesama mereka setelah lama tidak berjumpa, apatah lagi dapat menemui pensyarah universiti yang selama ini telah banyak membantu mereka ketika menuntut ilmu di universiti yang menatijahkan kerjaya yang baik buat mereka.

Setelah lama berbual, timbullah beberapa rungutan tentang tekanan di tempat kerja dan juga dalam kehidupan seharian yang disuarakan oleh beberapa bekas pelajar ini. Pensyarah itu hanya mendengar dan kemudian beliau ke dapur untuk menyediakan air kopi untuk tetamu-tetamunya.
Beliau kemudiannya keluar dengan membawa satu bekas besar yang berisi air kopi dan beberapa jenis cawan. Ada cawan itu diperbuat daripada porselin, plastik, kaca dan kristal. Ada yang kelihatan ringkas sahaja, ada yang kelihatan murah, ada juga yang kelihatan mahal dan sangat cantik.

Pensyarah itu mempelawa tetamu-tetamunya agar melayan-diri. Masing-masing pergi ke meja tempat dihidangkan air kopi itu dan menuangkan sendiri air kopi ke dalam cawan yang berbagai-bagai bentuk dan buatannya itu. Setelah semuanya mengambil secawan kopi, pensyarah itu berkata:

“Jika anda perasan, kesemua cawan-cawan yang kelihatan cantik dan mahal telah pun diambil, tetapi cawan-cawan yang ringkas dan nampak murah tiada sesiapa yang mahu mengambilnya. Biasalah tu, memang semua nakkan yang terbaik untuk diri sendiri kan…”

Beliau kemudian menyambung.

“Itulah puncanya kepada masalah-masalah anda. Dan itulah sebabnya kenapa anda berasa tertekan dengan kerjaya dan kehidupan.”

“Saya pasti, cawan-cawan itu tidak memberikan apa-apa nilai kepada air kopi yang anda minum. Dalam beberapa situasi, cawan-cawan itu hanya membuatkan kopi yang diminum itu lebih mahal harganya. Dan di dalam situasi yang lain, cawan itu malah menyorokkan apa yang kita minum.”

“Apa yang anda semua betul-betul mahukan adalah air kopi itu, bukan cawannya. Tetapi anda tetap mahukan cawan yang terbaik sifatnya, dan kemudian anda memandang dan menjeling ke arah cawan kawan-kawan anda untuk melihat siapakah yang memiliki cawan yang paling cantik atau paling bagus.”

“Sekarang, cuba anda fikirkan: KEHIDUPAN adalah air kopi. Manakala pekerjaan, wang, pangkat dan kedudukan di dalam masyarakat adalah cawan. Itu semua merupakan alat untuk memegang dan terkandung di dalamnya KEHIDUPAN!”

Rupa dan jenis cawan tidak memberi makna atau mengubah nilai KEHIDUPAN yang sedang kita jalani ini. Kadang-kadang dengan kita hanya menumpukan kepada rupabentuk CAWAN, kita gagal untuk menikmati AIR KOPI itu. Jadi, nikmatilah AIR KOPI itu, bukan CAWANNYA!”

“Manusia yang bahagia bukanlah mereka yang memiliki yang terbaik dalam setiap perkara. Manusia yang bahagia adalah mereka yang sentiasa membuat yang terbaik di dalam setiap perkara.”

“Hiduplah dengan sederhana. Bercakaplah dengan baik, ambil beratlah dengan sungguh-sungguh, berkasih sayanglah, bermurah hatilah…dan hayatilah kehidupan ini dengan penuh makna, dan jangan terlalu ditumpukan kepada aksesori kehidupan”

Mudah-mudahan kalian dapat memahami mesej yang cuba disampaikan oleh tulisan di atas. Tulisan di atas telah saya terjemah dan sunting dari video ‘Life Is Like A Cup Of Coffee’ yang dipetik dari spiritual-short-stories.com. Penulis asalnya tidak diketahui.




Anda semakin MATANG bila...


Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.
Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

Rabu, 3 November 2010

...dEmi CINTA...


MAAF.. ku telah menyakitimu
Ku telah kecewakanmu

Bahkan ku sia-siakan hidupku,
dan kubawa kau s'perti diriku
Walau hati ini t'rus menangis
Menahan kesakitan ini
Tapi ku lakukan semua demi cinta
Akhirnya juga harus ku relakan kehilangan cinta sejatiku
Segalanya t'lah ku berikan
Juga semua kekuranganku
Jika memang ini yang terbaik
Untuk diriku dan dirinya
Kan ku t'rima semua demi cinta
Jujur, aku tak kuasa, saat terakhir ku genggam t****nmu
Namun yang pasti terjadi, kita mungkin tak bersama lagi
Bila nanti esok hari
Ku temukan dirimu bahagia
Izinkan aku titipkan kisah cinta kita SELAMANYA..



credit to huszaimiey @choqlatedaun

Selasa, 2 November 2010

JikA aKu JatuH CINTA....

Bismillahirrahmanirrahim


Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu



Ya Muhaimin…
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu



Ya Rabbana…
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu



Ya Rabbul Izzati…
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu



Ya Allah…
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu



Ya Allah…
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,

Dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu



Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,

Sehingga melupakan aku pada
cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu



Amin ya rabbal alamin

Selasa, 26 Oktober 2010

Tukarkan penggunaan Istilah SEMBAHYANG kepada SOLAT!.

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah  'Sembahyang' yang merujuk kepada 'Solat'. Tetapi pada hakikatnya, istilah 'Sembahyang' mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur 'Syirik'. 


Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan 'Sembahyang'. Katanya; 'Sembahyang' di ambil daripada perkataan 'Sembah' dan 'Hyang' yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. 'Sembahyang' juga diertikan sebagai 'menyembah berhala yang bernama Hyang'. 

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah 'Sembahyang' merujuk kepada 'menyembah dewa yang bernama Hyang'. 

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur 'Syirik' dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada 'menyembah dewa bernama Hyang'. 

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya 

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini. 

SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.

Kalau Allah itu Maha Baik, Kenapa buat neraka?




Ini KISAH BENAR..
Kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam. 
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di  sebuah pasaraya  telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda. Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka."
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz. Sudah  la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam. Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga. Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga. Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz.
"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian. Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga."

dEngArkAn