Welcome to my blog :)

rss

Selasa, 25 Mei 2010

29 RaHsiA WaNiTa

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. setuju..setuju..huhuhu


2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. setuju...beri mase utk berfikir la ktekn..hikhikhik


3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).ye ke...?boleh la...hehehe


4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. setuju...

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! macam 2 ae...?xapasti...ade komen...?


6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. mngkin la...huhuhu...xnak ngaku..


7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja. yang ni kaum lelaki perlu ambik berat..huhuhu..tp utk gadis-gadis jangan la wat bende yang bukan-bukan lak...terima seadenye...mungkin dia 2 kn yang terbaik utk kita,dan ape-ape pon...kita serahkan pada Allah ye.. 

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan. ha..yang ni saya setuju sangat...jangan la pas tolak cintanya...pastu terus je xnak kawan..xelok au mcm 2..sape  yang wat mcm 2...mknenye fikiran dia blom ckop matang..hehehehe..jangan marah..


9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. setuju..sbb nak luahkan kat orang malu...hikhikhik

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna. yang ini pon saya mmg stuju sgt...klu si gadis ni ade wat salah ke hape ke...tegur leklok...ape-ape pon lelaki n pempuan saling memerlukan...kedua-duanya berguna ok...

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. betol...betol..betol...


12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. ish...ye ke...?dahsyat 2...macam terover la plak kn...?huhuhu


13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Lebih-lebih lagi klu orang yang dia suka 2...senyum kat dia... setuju...huhuhu


14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. btolllll, slow n steady...klu xnnt nyesal lak...btol x...?

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. yang ni kurang setuju...cari la cara lain...mn tau pempuan 2 nk jaga maruah n batas syariat..fikir-fikirkan...lalala

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya. usaha sambil berdoa dan bertawakkal kpd Allah.. 

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!! betol..kang diri sendiri yang merana...


18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. ye la kot..segala pertemuan n perpisahan tu milik Allah, Allah beri kita peluang utk lebih mngenali ciri2 manusia yg pelbagai supaya mjadikan kita lbh dewasa n matang..


19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.yang ni klu utk org yg dh kawin sesuai la, yang belom kawin...jgn dok ngado-ngado..bahanye sey..nnt lain lak jadinye...

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri. setuju..ni bkn blaku kat zaman skola je au..kat zaman blaja kat IPTA/S pon blaku gak...

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! btol 2. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

22. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. xjugak sebenarnya..bergantung pd individu...ade komen...?


23. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. lelaki camni mmg pengecut, kalau nak, tackle trus ke orgnya tros..
 
24. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. cinta yg sebetulnya adala di mana 2 jiwa yg saling merindui kerana Allah dalam mencapai keredhaanNya dan mencintai yg SATU,di situla selayaknya hati keduanya bertemu 

25. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. tambah sikit ayat..kerana ALLAH...

26. Senjata wanita adalah airmata!!no comment...huhuhu

27. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. ye dok...?ade komen..?

28. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah… tapi klu nak wat main2 tu takyahla,jgnla mainkan perasaan pempuan, sbb sekali hati mereka terluka kerana dilukai, amat la payah utk disembuhkan, so pada kaum wanita, jgn la cepat sgt terpedaye...termasuk la saya...hahaha 

29. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. tepat sekali...

Sabtu, 15 Mei 2010

.::HAPPY TEACHERS DAY::.


Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

Lagu & Lirik : Cikgu Khairul, Mie.. inteam & Munif Ahmad (Hijjaz)
Hijjaz Music Entertainment (M) Sdn. Bhd.

Assalamualaikum...dikesempatan ini..inginku ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada seluruh warga pendidik di Malaysia terutama kepada warga pendidik TABIKA KEMAS Chini Timur 2, SK Chini Timur, SMK Chini Timur dan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS)..mekasheh sebab tidak pernah jemu mendidik ku selama ini...JASAMU KU KENANG SEHINGA AKHIRAT SANA..

Rabu, 12 Mei 2010

LUPA yAnG BERMANFAAT

Lupa adalah sifat yang ada pada setiap manusia. Tiada siapa yang tak pernah lupa. Bahkan, asal perktaan insan itu sendiri pun 'nasiya' bermaksud lupa. Jadi secara fitrahnya manusia ni Tuhan jadikan dengan sifat pelupa. Kalau tak masakan Dia utuskan nabi-nabi dan para rasul untuk memberi peringatan.

Dalam banya-banyak sifat lupa, ada juga yang jenis lupa terpuji. Malah lupa jenis ini amat digalakkan dan harus menjadi amalan. Lupa ini akan membuatkan bukan sahaja manusia suka bahkan si pelupa jenis ini akan turut dipuji oleh Allah.

Lupa pada jasa dan kebaikan yang pernah kita buat pada orang lain, malah lupa jenis yang terpuji. Kita mungkin pernah menolong kawan atau seseorang. Kita mungkin pernah bersedekah atau menderma ratusan malah ribuan ringgit untuk satu-satu tujuan yang mulia. Lupakanlah. Usahlah kita mengungkit jasa dan kebaikan kita.

Kalau kebaikan-kebaikan yang pernah kita lakukan boleh kita lupakan, pasti manusia akan suka pada kita. Tidak kira siapa yang mengata dan tidak akan ada siapa yang akan berburuk sangka dan berhasad dengki dengan kita.

Dalam hidup bermasyarakat, kadang-kadang perselisihan faham tidak dapat dielakkan. Mungkin ada diantara kita membuat kesalahan dan kesilapan pada kita. Memanglah itu sesuatu yang tidak wajar. Dan kita mungkin kecewa dengan sikap mereka. Tapi kalau kita boleh lupakan kesalahan mereka pada kita dan kita maafkan sahaja, itulah sifat yang paling mulia. Lainlah kalau tindakan mereka itu boleh menjatuhkan maruah diri dan agama.

Kita sendiri pun bukannya terpelihara daripada membuat kesilapan. Mungkin dengan kita melupakan kesalahan orang lain yang dilakukan pada kita hari ini, esok lusa bila kita buat kesilapan pada orang lain, mereka juga akan melupakan sahaja silap kita itu.

Alangkah indahnya kehidupan ini kalau sesama kita saling maaf-memaafkan. Mudah-mudahan dengan kita melupakan salah dan silap orang, nanti diakhirat kelak, Allah sendiri pun akan 'melupakan' sahaja kesilapan yang pernah kita lakukan di muka bumi ini.

Kalau pada manusia lupa jenis ini boleh kita buat, lebih-lebih lagilah pada Allah. Mungkin selama ini kita banyak membuat amal ibadah, sembahyang kita jaga, puasa tak pernah tinggal, zakat kita bayar, haji pun mungkin kita dah tunaikan, harta kita sebahagiannya kita infakkan ke jalan Allah dan banyak lagi amal baik yang kita buat untuk Allah. Teruskan beramal dan lupakanlah kebaikan-kebaikan yang telah kita buat untuk Allah itu. Tak usahlah diungkit duhadapan Allah.

Biarlah kita jadi orang yang paling banyak beribadah tapi masih tetap merasa ibadahnya tidak sempurna. Jadilah orang yang paling baik tapi dalam hati msih tetap merasa diri penuh dengan dosa. Bila ini dapat kita lakukan, pastinya kita tidak ada masa untuk mengintai-intai kesalah dan kesilapan orang lain.

Mungkin juga selama ini Allah pernah menguji kita dengan dugaan dan masalah. Kita ditimpa penyakit dan pelagai betuk musibah. Kita ditimpa kemiskinan dan jiwa yang resah gelisah. Lupakanlah. Usahlah ujian yang sedikit itu kita canang merata-rata. Takut-takut nanti timbul rasa tak redha dengan qada' dan qadar Allah. Nanti rosak pula iman. Lupakanlah.
Kalau nak dibandingkan antara musibah yang kita terima dengan nikmat yang Allah berikan pada kita, sudah tentu nikmatnya lebih banyak lagi. Janganlah kerana musibah yang sedikit dan sekali sekala itu sudah membuatkan kita menjadi seorang hamba yang suka memprotes tindakan-tindakan Tuhannya.

Inilah jenis-jenis lupa yang bermanfaat. Lupa yang tidak akan mendatangkan kebencian orang, malah kita akan disayangi dan disukai oleh manusia dan juga Allah.  


semoga apa yang saya sampaikan ini dapatlah kita sampaikan kepada saudara-saudara kita yang lain..segala kekurangan dan kelemahan untuk entry kali ni dapat lah dimaafkan dan diperbetulkan..

CiRi-ciRi LeLaKi SoLeH

Assalamualaikukum...hari ni saya nak berkongsi dengan kengkawan semua tentang ciri-ciri lelaki soleh. Tercetusnya idea nak post entry ni sebab tadi ade la tertengok cite Hati Lelaki kat tv3..cite pasal lelaki pisau cukur..so..untuk mengelakkan lebih ramai lagi kaum hawa dari termasuk kedalam perangkap lelaki pisau cukur ni...boleh la kita sama-sama menengok ciri-ciri kat bawah ni sebagai panduan kita untuk mencari suami yang soleh bagi keselamatan dunia dan akhirat hendaknya...amiin..

Kuat agamanya
Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.

Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.

Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?

Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

Pemurah tetapi tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.

Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.

Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.

Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.


Berbahagialah kamu jika dicintai calon yang demikian sifatnya.

Selasa, 11 Mei 2010

bAgAiMAna MenDapAt KeTenAngAN HaTi

Assalamualaikum...dah lame xpost entry kat blog ni...rindu plak rasenye...huhuhu..so..untuk menghilangkan kerinduan ni...hari ni teringin la nak post 1 entry yang menarik (bagi saya la...huhuhuhu)...BAGAIMANA MENDAPAT KETENANGAN HATI..cerita ni saya baca dari satu buku..buku ni plak saya jumpe waktu tengah kemas kedai hari 2..dah xberkulit dikerjakan Zinnirah(anak sdareku yang comey)...hOhOhO...tapi isi dalam buku masih dapat diselamatkan dari menjadi korban...cerita ni sesungguhnya amat la sesuai untuk insan-insan yang mengalami masalah tak tenang hati...ok...ceritanya macam ni.........


Pada suatu hari, seorang lelaki datang mengunjungi Tuan Guru Hassan Basri di rumahnya. Sudah menjadi kebiasaab, orang rama nsuka perg menemui Tuan Guru Hassan Basri bagi menanyakan berbagai-bagai perkara dan maslah yang menjadi kemusykilan kepada mereka.

"Pada pendapat Tuan Guru, hari apakah yang patut tuan katakan sebagai Hari Raya kepada tuan?" tanya lelaki yang mengunjungi ilmuan itu.

"Hari apabila pada hari tersebut saya tidak melakukan apa-apa kesalahan" jawab Hassan Basri

"Apakah rahsia kebahagiaan Tuan Guru di dunia ini?" tanya lelaki itu lagi. Hassan Basri merenung tepat pada wajah lelaki itu. Dia tahu lelaki itu jujur ertanya.

Tuan Guru Hassan Basri segera memberikan jawapan. "Apaila saya tahu rezeki saya tidak diambil orang, sebab itulah hati saya merasa tenang. Apabila saya tahu tanggungjawab saya, sebab itulah hati saya melaksanakannya. Apabila saya tahu Tuhan selalu melihat saya, sebab itulah saya takut untuk melakukan kejahatan. Dan apabila saya tahu detik kematian saya akan tiba, sebab itulah saya bersedia bertemu Tuhan." jawab beliau.

Jawapan itu menghentikan lelaki itu daripada bertanya selanjutnya. Dia puas hati dan segera pulang.

Itulah rahsia kebahagiaan Tuan Guru Hassan Basri. Ketenangan hati, amanah dalam tangungjawab, tidak melakukan kesalahan dan bersedia menghadapi kematian.  

"ya ALLAH kerdilnya diri ini..kuatkan hatiku untuk terus berjuang demi agamaMu.."




dEngArkAn