Welcome to my blog :)

rss

Rabu, 31 Mac 2010

jAdiLAh SePerTi LeLAki iNi

jadilah seorang lelaki yang beriman
yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada ALLAH
yang jiwanya penuh pnghayatan terhad ISLAM
yang sentiasa haus dengan ilmu
yang sentiasa  dahaga akan pahala
yang solatnya adalah maruah dirinya
yang tidak pernah takut untuk berkata benar
yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang dijalan ALLAH

jadilah seorang lelaki
yang menjaga tutur katanya
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

jadilah seorang lelaki
yang menghormati ibu bapanya
yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga
yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami ISLAM
yang mengamalkan hiduppenuh kesederhanaan
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

jadilah seorang lelaki
yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam
yang hidupnya di awah naungan AL-QURAN dan mencontohi sifat-sifat RASULULLAH
yang bleh diajak berbincang dan bericara
yang menjaga matanya dari berbelanja
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat ALLAH keatasnya

jadilah lelaki
yang tidak pernah membazirkan masa
matanya kepenatan kerana membaca AL-QURAN
suaranya lesu kerana penat BERZIKIR
tidurnya lena dengan cahaya KEIMANAN
bangunnya suuh penuh kecergasan
kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan

jadilah seorang lelaki
yang sentiasa MENGINGATI MATI
yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik
meneruskan perjuangan ISLAM sebelum hari kemudian

jadilah seorang lelaki
yang tidak terpesona dengan buaian dunia
kerana dia mengimpikan syurga ALLAH

SABAR itu iman, Duit bukan kawan, Dunia hanya pinjaman dan MATI tidak berteman..

Selasa, 30 Mac 2010

CiRi-ciRi WaNitA SoLehAH

Semalam saya ade baca buku PETUA MEMIKAT HATI WANITA..agak kelakar la sy baca buku 2...sy kan pempuan..tapi baca buku petua pikat hati wanita...huhuhuhu...tapi banyak ilmu pasal perempuan yang saya tau dari buku ni...antaranya CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH..so..hari ni sy nak berkongsi la dengan kengkawan semua ape yang sy dah baca...kepada kengkawan yang lelaki yang belum berkahwin n masih mencari calon yang sesuai..bolehlah jadikn ini sebagai panduan untuk cari isteri nanti..n kepada kengkawan yang pempuan...boleh la kite sme2 ambik semua ni untuk membentuk diri kita menjadi wanita solehah..huhuhu..mcm biase...klu ade sebarang tambahan amat2 la dialukan...huhuhuhu


Sebenarnya tak banyak syarat yang dikenakan oleh ISLAM untuk seseorang wanita menerima gelaran SOLEHAH, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari ALLAH SWT. Mereka hanya perlu memilih 2 syarat iaitu taat kepada ALLAH dan RASULNYA dan juga taat kepada suami.

Perincian untuk 2 syarat diatas adalah :

1. Taat kepada ALLAH dan RASULNYA
    Bagaimana yang dikatakan taat kepada ALLAH SWT:
    - Mencintai ALLAH dan RASULNYA melebihi dari segala-galanya
    - Wajib menutup aurat
    - Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliyah
    - Tidak bermusafir atau bersana dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
    - Sering membantu lelaki lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
    - Berbuat baik kepada ibu bapa
    - Sentiasa bersedekah aik dalam kesusahan ataupun senang
    - Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
    - Besikap baik dengan tetangga
2. Taat kepada SUAMI
    - Memelihara kewajipan terhadap suami
    - Sentiasa menyenangkan suami
    - Menjaga kehormatan diri dan harta suaminy selama suaminya tiada di rumah
    - Tidak bermasam muka di hadapan suami
    - Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
    - Tidak keluar tanpa izin suami
    - Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
    - Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
    - Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
    - Sentiasa memelihara diri, kebersihan dan kecantikannya serta rumah tangganya
    - Sentiasa memohon maaf pada suami jika melakukan sesuatu kesalahan ataupun perara yang tidak 
      diredhai oleh suami
    - Sentiasa mendahulukan suami dala apa jua hal dan keadaan
    - Tidak meminta sesuatu yang berlebihan hingga diluar kemampuan suami menyediakannya
    - Menyambut kepulangan suami dengan senyuman, disambut dan dicium tangannya
    - Tidak berpuasa sunat ketika suami berada dirumah tanpa izinnya

Sabda Rasullullah SAW :
" Aku melihat ke dalam neraka, maka aku dapati kebanyakkan pengghuninya dari wanita-wanita yang mengkufuri kebaikan suaminya. Jika engkau berbuat baik kepada soang dari mereka sepanjang masa, kemudian ia nampak sesuatu yang tidak baik darimu terhadapnya, lalu ia erkata : aku tidak pernah sama sekali melihat keaikan darimu" (HR : Al-Bukhari)

dan Rasulullah juga bersabda :
" Jika sekiranya aku menyuruh seseorang sujud kepada seseorang tentulah aku menyuruh wanita sujud kepada suaminya" (HR : At - Tarmizi, Ahmad dan Al- Hakim)


INGAT LAH WAHAI ISTERI BAHAWA KEWAJIPAN ISTERSI TERHADAP SUAMI SANGAT BESAR

Isnin, 29 Mac 2010

kEiStiMewAan WaniTA

Hari ni saya pilih topik KEISTIMEWAAN WANITA..mungkin ramai yang xtau ape keistimewaan wanita yang sebenar-benarnya...so...hari ni saya nak terangkan serba sedikit keistimewaan wanita dalam Islam...2 pun setakat yang saya tahu...kalau ade sebarang tambahan..amat dialu-alukan...huhuhu  


Oleh kerana wanita amat dimuliakan di dalam ISLAM, maka Allah memberi kepada mereka beberapa keistimewaan diantaranya :

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW tentang hal tersebut, jawab baginda :"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak  akan sia-sia"

2. Wanita yang solehah(baik) itu lebih baik daripada 1000 orang lelaki soleh

3. Barang siapa yang mengembirakan anak perempuanya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya

4. Barang siapa yang membawa hadiah ( barang makanan dari pasar ke rumah ) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti orang yang bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan, seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Isamail AS

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama ku ( Rasulullah SAW ) didalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai 3 anak perempuan atau 3 saudara perempuan atau 2 anak perempuan atau 2 saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab maka baginya syurga

7. Daripada Aisyah "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

8. Apabila memanggil akan engkau oleh dua orang ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu

9. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

10. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Rabu, 24 Mac 2010

..mAsiH DisiNi... DaN TerUs DisiNi..

nyawaku..jasadku adalah milikMu
hatiku..jiwaku adalah milikMu
hidupku..matiku juga adalah milikMu
kerana itu perjuanganku untuk Mu
biar aku hanya si penarik beca yang dihina
aku tetap cintakanMU
ya ALLAH
biar aku hanya si penyair yang terluka
aku tetap citakanMU
ya ALLAH
biar pun aku hanya seorang yang tiada upaya
aku tetap cintakanMU
ya ALLAH
biar seluruh isi dunia membenciku
namun aku tak sangup aku dimurkai Mu
biar aku tinggal dalam teratak usang
membongkok menoreh getah diwaktu subuh
menyemai padi di bendang yang hening
menjala ikan dilubuk yang dalam
aku tidak kisah ya ALLAH
andai aku masih lagi berjuang untuk Mu
itu telah cukup bagiku
cukup ENGKAU bagiku
tiada lain dihati ini
kekalkanlah hatiku
biarkan aku terus begini
masih disini
dan terus begini..

dEngArkAn