Welcome to my blog :)

rss

Isnin, 29 Mac 2010

kEiStiMewAan WaniTA

Hari ni saya pilih topik KEISTIMEWAAN WANITA..mungkin ramai yang xtau ape keistimewaan wanita yang sebenar-benarnya...so...hari ni saya nak terangkan serba sedikit keistimewaan wanita dalam Islam...2 pun setakat yang saya tahu...kalau ade sebarang tambahan..amat dialu-alukan...huhuhu  


Oleh kerana wanita amat dimuliakan di dalam ISLAM, maka Allah memberi kepada mereka beberapa keistimewaan diantaranya :

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW tentang hal tersebut, jawab baginda :"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak  akan sia-sia"

2. Wanita yang solehah(baik) itu lebih baik daripada 1000 orang lelaki soleh

3. Barang siapa yang mengembirakan anak perempuanya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya

4. Barang siapa yang membawa hadiah ( barang makanan dari pasar ke rumah ) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti orang yang bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan, seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Isamail AS

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama ku ( Rasulullah SAW ) didalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai 3 anak perempuan atau 3 saudara perempuan atau 2 anak perempuan atau 2 saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab maka baginya syurga

7. Daripada Aisyah "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

8. Apabila memanggil akan engkau oleh dua orang ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu

9. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

10. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

1 ulasan:

شاح اندرني berkata...

Salam.. Bagus topiknya.. tapi Ana haraplah dapat sertakan hadis hadis shohih dan ayat-ayat Quran Agar dapat memberi kesan yang lebih mendalam... Insya-Allah ea??

Catat Ulasan

dEngArkAn