Welcome to my blog :)

rss

Khamis, 1 April 2010

sEmaKin DicAntAs SeMaKin BeRtuNAs

Untuk kembali ke pangkala jalan setelah sekian lama tersasar arah, bukan satu perkara yang mudah. Ia bagaikan mengemudi sampan sambil menongkah arus yang deras. Namun, kepayahan itu usahlah dijadikan alasan untuk terus kekal mengikut arus, sedangkan hati sudah pun mengeti bahawa arus yang selama ini dituruti rupa-rupanya bakal membawa kita ke jeram maut yang sedia menunggu dihadapan.

Segala dosa dan maksiat yang sudah  mendarah daging dalam jiwa kota adalah umpama pohon-pohon mazmumah yang subur merendang. Akarnya sudah kuat berpaut pada dasar hati kita. Dan dedaunnya sudah merimbun sehinga menutup kita daripada melihat cahaya mentari kebenaran.

Selama ini kita telah terlalu leka dibawah redupan pohon mazmumah (amal keji dan maksiat). Kita sangka redupan itu satu nikmat. Kita tidak pernah pun tahu bahawa di luar sana rupa-rupanya ada cahaya yang terang.

Hidup kita terlindung dek rimbunan daun pohonan mazmumah tersebut. Kita tertipu rupa-rupanya. Redupan itu sebenarnya adalah kegelapan.

Kini kita sudah pun mengetahui bahawa di sebalik rimbunan daun yang lebat itu rupa-rupanya ada cahaya. Ia terjadi selepassatu ketika hati kita tersentuh oleh peristiwa yang menyebabkan gugurnya setitis air mata taubat. Dan titisan itu telah mengenai sehelai daun pohon mazmumah sehingga gugur kegersangan. Di ketika itu meneroboslah sebersit cahaya yang tidak kita lihat selama ini.

Betapa indahnya cahaya itu, berbisik hati kita. Semenjak itulah timbulnya keinginan hati kita untuk mrncari jalan supaya laih banyak cahaya dapat memancar kearah dasar hati kita.

Kita mencapai sebilah kapak kesedaran lalu kita pun mencantas dahan-dahan pohon tersebut. Maka terang bendranglah suasana dek pancaran cahya.

Kita pun mula menabur benih-benihpohon mahmudah (amal kebaikan). Kita sirami benih-benih dengan air mata taubat. Dan bercambahlah putiknya. Lalu membesarlah ia menjadi dahan dan tangkai yang mengeluarkan dedaun yang menghijau lagi menyegarkan. Namun pohon mahmudah itu masih kecil jika dibandingkan dengan pohon mazmumah ya ng telah kita cantas dahannya.

Selang beberapa ketika, tiba-tiba kita lihat dedaun pohon mahmudah kian layu. Tumbesarannya seakan terbantut. Rupa-rupanya cahaya yang yang bersinar kini semakin berkurangan. Kita hairan lalu memandang ke atas. Amatlah terkejutnya kita kerana dedaun pohon mazmumah sudah mula tumbuh dan menghalang cahaya masuk.

Barulah kita sedar, bahawa dahan-dahannya yang dahulunya dicantas kini telah kembali bertunas. Dan dari tunas-tunas itulah dahan-dahan baru telah bercambah dengan lebih banyak.

Kini kita mengerti, bahawa dengan mencantas dahan-dahannya sahaja tidak akan melenyapkan pohon mazmumah itu. Sewajarnya, pangkal pohon itulah yang harus ditebang dan akar umbinyalah yang harus dicabut.

Hanya dengan cara inilah maka pohon mahmudah akan dapat hidup subur dan tumbuh merendang.

Begitulah halnya manusia yang ingin memperbaiki diri. Tidak cukup sekadar berjinak-jinak melakukan amal-amal yang soleh tanpa meninggalkan amal-amal yang keji yang telah kita lakukan selama ini.

Meninggalkan perbuatan-perbuatan keji dan mungkar bukan hanya menjauhinya buat sementara waktu. Tetapi segala bentuk punca yang boleh menyebakan berlakunya perbuatan tersebut haruslah dielakkan atau dimusnahkan sama sekali.

Amatlah mustahil diri seseorang itu  dapat diperbaiki sekiranya amal yang baik dan keji tumbuh subur secara selari. Yang keruh harus dibuang supaya yang jernih dapat benar-benar dimanfaatkan...


0 ulasan:

Catat Ulasan

dEngArkAn